Friday, April 1, 2011

: : USRAH? : :

Salam ikhwah sekalian.

Ana menulis untuk menjawab persoalan tuntutan kita sebagai muslim untuk mencukupkan diri dengan ilmu fardhu ain. Sebelum tu marilah kita tgk maksud tarbiyyah. Tarbiyyah dari segi bahasa bermaksud pendidikan. Apa dimaksudkan dengan tarbiyyah dari segi pemahaman kita? Kita maksud sejarah sikit.

Cerita ni bermula denagn ...seorang pemuda bernama Hasan. Encik Hasan adalah anak kepada ibubapa yang alim dan faqih. Encik Hasan telah diajar sejak kecil tentang ilmu-ilmu asas Islam oleh ibunya dan juga ayahnya, seorang muhaddith(ulama' hadith) yang masyhur dikalangan masyarakat. Akibat dari didikan ibubapa beliau, maka terbentuklah satu peribadi muslim yang sensitif. Akibat dari ilmu beliau, Hasan menjadi peka terhadap masalah masyarakat dan memerhati betapa bezanya keadaan masyarakat muslim zaman beliau dengan hakikat sebenar sifat masyarakat yang diajar Islam. Lalu Encik Hasan pun mula bertindak. Diceritakan, beliau pernah tulis surat layang untuk tegur orang sebab takut nak tegur (nak tegur orang dewasa, ketika itu beliau masih sekolah). Dan beliau juga selalu berbincang2 dengan semua orang yang dijumpainya tentang cara nak islah masyarakat. Ada banyak lagi cerita menarik di zaman kecil Encik Hasan, orang lain boleh tambah kalau ingat.

Setelah beberapa tahun Encik Hasan berusaha (di samping meneruskan pelajarannya), beliau menemui jawapan kepada persoalan beliau. Penyelesaian kepada masalah Islam ialah 'Islamic reeducation' ataupun pendidikan semula masyarakat dengan asas-asas Islam, dalam kata lain ialah tarbiyyah. Bermula dari situ Encik Hasan mengajak rakan-rakannya untuk mendidik diri dan masyarakat dengan ASAS-ASAS Islam. Pengajaran dibuat berdasarkan cara yang diajar Rasul, iaitu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Kumpulan ini dinamakan 'usrah' atau keluarga untuk memberi kafahaman kepada masyarakat yang tugas pendidikan ini sepatutnya berlaku dalam keluarga.

Cara pembelajaran juga mengikut cara rasul iaitu menggunakan quran dan hadith, ditambah dengan buku-buku yang ditulis oleh ulama' kontemporari untuk memudahkan pemahaman. Perkara utama yang diajar ialah tauhid, sesuai dengan ungkapan: "أول الدين معرفة الله" (Awal agama ialah mengenal Allah). Oleh sebab itu dalam 'usrah' membincangkan tentang sifat-sifat Allah, persitiwa hari qiamat, dan rukun-rukun iman yang lain. Cara pengajaran pula bukan secara point based, sesuai dengan bahasa quran yang banyak ungkapan dan sindiran, kerana inilah cara yang terbaik untuk meyakinkan manusia (Siapa yang lebih tahu dari Allah, kan?).

"Kalau dakwah pula kenapa?"

Dakwah tidak boleh dipisahkan dari tarbiyyah, kerana dakwah itu adalah ukuran keyakinan dan iman kita kepada satu-satu perkara. Perkara ini benar selagimana perkataan 'dakwah' itu tak disempitkan kepada perkara-perkara tertentu..

Contoh dakwah. ok ana nak bagi contoh yang real;

Contohnya, bila ada manusia suka satu filem, dia akan promote gila-gila filem tu. Post trailer dalam facebook, selalu sebut catcthphrase dalam filem tu dan macam-macam lagi, walaupun producer filem tu tak bayar satu sen pun pada dia. Kenapa? Sebab dia rasa filem tu best dan dia yakin akan ke'sedap'an filem tu. Dia juga nak orang lain rasa apa yang dia rasa.

Beberapa minggu lepas, ana di Kelantan membantu akh Safwan mengisi daurah:

Ana: Korang tau tak .............................? (isi dengan soalan)

Audience: Ce cite ce cite.

Ana: (pelik gila cara diorang ni cakap...)

Ana: Korang tau tak .............................? (isi dengan soalan kedua)

Audience: Ce cite ce cite.

Ana: (Macam ada something je cara diorang ni jawab...)

Masa rehat ana pun tanya seorang akh,

Ana: Asal diorang jawab 'cecite2' tu? pelik gila....

Akh A: Anta tak tgk cerita Hantu Mak Limah ke?

Ana: Filem? (Facepalm!)

Selepas beberapa hari ana baru perasan kawan-kawan ana selalu post petikan filem tu kat facebook. Sekarang baru ana faham kenapa ada kawan asyik cakap 'kita bako je'... (sigh)

Point kat sini, orang-orang ni dah tolong dakwah filem tu (Dakwah: mangajak/membuat manusia cenderung kepada). Tanpa paksa, tanpa arahan pun. Kenapa? Sebab cerita tu best la kot...

Apa kaitan dengan topik? Bila kita percaya dan yakin dengan Islam, kita akan sedar dan rasa sesuatu dalam hati kita. Kalau perasaan tu kuat, kita akan secara automatik dakwah kepada Islam. Jadi sama-sama kita kita periksa iman kita. Adakah iman kita cukup kuat, dan mana hasil kepada iman tu? Dan kalau iman kita tak kuat, apa usaha kita untuk menambahnya?

Ada orang buat program untuk tambah ilmu, ada orang buat untuk membuatkan ilmu tu diterjemah ke dalam iman. Majlis iman inilah yang kurang sekarang. Majlis inilah yang kita namakan usrah...

"Akhirnya, hanya taqwa mejadi ukuran"

الله أعلم بالصواب (Allah lebih tahu yang betul)

credit to Abdullah Azzam

Tuesday, October 19, 2010

senarai jualan kereta

Pilih mana yang berkenan..


Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian)



[Image:   46369180.jpg]
BABY WALKER




Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )



[Image:   17483520.jpg]
KETA TOLAK (STROLLER)







Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)


[Image:   22731129.jpg]

KETA MAINAN




Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)

[Image:   60925359.jpg]
KETA CONTROL BIASA2 JER





Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)


[Image:   34994593.jpg]
KETA CONTROL BERJENAMA




Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket)

[Image:   48915134.jpg]
SUV,SEDAN,MPV DLL





Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan)



[Image:   96334020.jpg]
KERETA KERUSI RODA





Peringkat akhir.....pabila tiba masanya


[Image:   82953051.jpg]
KERETA JENAZAH



credit to : www.contenganpengalaman.blogspot.com

Wednesday, June 30, 2010

nk story skit.skit je(^^,)~

Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga.


Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.


Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.


“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina,wa!“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi.



Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana. Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.


Telefon hafiz berdering.Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah“Hafiz?”“Ya, saya,”“Awak sayang saya?”“Emm, kenapa awak tanya?”“Saya tanya sebab nak awak jawab,”“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”“Awak cintakan saya?”“Ya, saya cintakan awak,”Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.



“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.


Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.


“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!


3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…

Subject:Nota Cinta
From:“Hafiz Haikal”
To:wardah@yahoo.com


Assalamualaikum...Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati AllahMungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati. Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka. Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.Wassalam.

.Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:HAFIZ HAIKAL



Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…


“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”


Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…


si peng'copy' dan peng'paste'
~senpai~
andachomeluntukdisepak.blogspot.com