Thursday, September 17, 2009

: : raya : :


JANGAN INGAT NAK RAYA SAJA.BENDA WAJIB TERLUPA.

Zakat Fitrah adalah wajib, Abdullah b Umar r.a berkata bahawa NAbi saw memfardhukan zakat fitrah hanya di bulan Ramadhan. Zakat fitrah ini kewajipannya lebih awal sedikit daripada zakat harta.

Kadar zakat firah pula tk banyak sebenarnya iaitu hanya segantang tamar ataupun tepung. Begitu juga dengan beras kadarnya segantang sahaja. Ianya juga boleh dibayar dengan duit sahaja iaitu berdasarkan harga segantang beras. Bahkan kalau nak berlebih sedikit pun apa salahnya, Jangan berkurang pula sudahlah.

Ramai yang tertanya2 dan ingin tahu berapakah kadar segantang beras itu kiraannya dalam kilogram. kadarnya ialah 2.7kg sahaja. Kadar duit nya pula mengikut negeri masing2 yg talah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa, jika di shah alam ini kadarnya ialah RM7 shj.

Hikmah berzakat ialah : sebagaimana kata Ibnu Abbas r.a :
” Nabi saw telah memfaradhukan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada lagha dan percakapan yang kotor, dan juga sebagai pemberian makanan kepada orang miskin” (Riwayat Abu Daud)

Justeru itu berdasarkan hadis di atas ada 2 hikmah yang besar iaitu:

1. Zakat sebagai pembersih daripada daki maksiat dan kekurangan sewaktu berpuasa.

2. zakat sebagai pemberian kepada fakir dan miskin.

Siapakah yang wajib keatas(membayar) zakat firah ini?

Abdullah b Umar berkata bahawa Nabi saw bersabda :
” Nabi saw telah memfardhukan zakat fitrah dengan kadar segantang daripada tamar atau satu gantang tepung ke atas hamba dan merdeka, lelaki dan wanita, kanak-kanak dan dewasa daripada orang Islam”
( Riwayat Bukhari)

Jadi kesimpulannya zakat fitrah ini wajib ke atas yg berikut:
1. Hamba
2. Orang yang merdeka
3. Lelaki
4. Perempuan
5. Kanak-kanak
6. Dewasa
7. Semua yang di atas yg beragama Islam.



Tuesday, August 25, 2009

bazarku bazarmu.



Satu kajian dibuat oleh islam online.net mengatakan bahawa lebih daripada 50% daripada koresponden mengatakan mereka memakan secara berlebihan ketika bulan Ramadhan

Namun kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa siapa sahaja yang tidak sukakan bazaar ramadhan. Ramai daripada kami yang belajar di Luar Negara sanggup berebut membeli tiket pulang lewat tahun ini semata-mata untuk merasa sendiri kemeriahan suasana ini.

Sangat meriah hinggakan ia tersenarai sebagai satu satu acara-acara menarik Cuti-cuti Malaysia.

Tetapi tempat indah ini punya jerangkap samarnya sendiri: pembaziran!

Jadi bagaimana untuk berjimat tetapi masih menikmati keseronokannya?

Ini apa yang saya buat:

  • 1. Balik ke kampung: Harga makanan di kampung jauh lebih murah daripada di Bandar. Di Sabak Bernam 1 ringgit boleh dapat 3 ketul kuih, 2 ringgit boleh dapat sejag air
  • 2. Hadkan duit yang di bawa: Jangan bawa dompet ke bazaar, memadai dengan membawa sejumlah wang. Misalnya RM 10, selebihnya tinggal sahaja di rumah
  • 3. Hadkan bilangan yang dibeli: Semua kuih yang saya beli saya hadkan kepada 3 (nilainya RM1)
  • 4. Hari esok masih ada: biasanya pasti ada perasaan seolah-olah kita beli semua benda di sana. Selalukan kata dalam diri “tak apa esok boleh datang lagi”
  • 5. Berkongsi: biasa saya ke bazaar beramai-ramai. Setiap kami beli barang berlainan. Sampai di rumah boleh di kongsi bersama-sama. Variasinya lebih dan keseronokannya berganda.

Alami kemeriahan sendiri cuma janganlah berlebih-lebihan

Ada cara lain mungkin?


anas..bile nak buat iftar nih?...



Thursday, August 20, 2009

: : Kesalahan dalam ramadhan : :

Salam sahabat-sahabat,

Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan. Bulan yang dijanjikan maghfirah(keampunan) oleh ALlah. Untuk itu kita kena mendirikan Ramdhan dengan sempurna.

Kita tidak mahu puasa yang kita tunaikan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Ini jelas sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi saw,

•Sabda Nabi saw,
عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه
[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ].

Berikut dipaparkan tulisan من رسالة تذكرة الصوم لعبد الله بن صالح القص yang menyebut di antara kesilapan-kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang berpuasa dan beribadat di bulan puasa;

1.Tidak mengetahui hukum hakam puasa dan tidak bertanya. وقد قال الله تعالى: فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ وقال عليه الصلاة والسلام :من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين متفق عليه.

2. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.

3. Bertaubat, bersolat dan berpuasa hanya di bulan Ramadhan. LEBIH MALANG bila ada yang berpuasa tetapi TIDAK SOLAT.

4. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

5. Setengah imam menunaikan solat tarawih dengan CEPAT-LAJU tanpa tomakninah. . وقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم للذي لم يطمئن في صلاته ارجع فصل فإنك لم تصل (متفق عليه). وأسوأ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته فلا يتم ركوعها ولا سجودها ولا القراءة فيها . والصلاة مكيال فمن وفى وفي له ومن طفف فويل للمطففين
6.Meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa (المفطرات الحسية ) TETAPI tidak meninggalkan perkara yang membatalkan pahala puasa (المفطرات المعنوية ).

7. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

8. المصيبة العظمى Tidak mengutamakan solat Subuh berjamaah kerana TIDUR SEDAP tidak sebagaimana Terawih.


9. Mempercepatkan makan sahur sebelum waktunya iaitu makan lewat malam.

10. Malas dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

11. Menunaikan solat witir sejurus selepas tarawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk me-lakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

Sekian, terima kasih.