Thursday, August 20, 2009

: : Kesalahan dalam ramadhan : :

Salam sahabat-sahabat,

Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan. Bulan yang dijanjikan maghfirah(keampunan) oleh ALlah. Untuk itu kita kena mendirikan Ramdhan dengan sempurna.

Kita tidak mahu puasa yang kita tunaikan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Ini jelas sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi saw,

•Sabda Nabi saw,
عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه
[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ].

Berikut dipaparkan tulisan من رسالة تذكرة الصوم لعبد الله بن صالح القص yang menyebut di antara kesilapan-kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang berpuasa dan beribadat di bulan puasa;

1.Tidak mengetahui hukum hakam puasa dan tidak bertanya. وقد قال الله تعالى: فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ وقال عليه الصلاة والسلام :من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين متفق عليه.

2. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.

3. Bertaubat, bersolat dan berpuasa hanya di bulan Ramadhan. LEBIH MALANG bila ada yang berpuasa tetapi TIDAK SOLAT.

4. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

5. Setengah imam menunaikan solat tarawih dengan CEPAT-LAJU tanpa tomakninah. . وقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم للذي لم يطمئن في صلاته ارجع فصل فإنك لم تصل (متفق عليه). وأسوأ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته فلا يتم ركوعها ولا سجودها ولا القراءة فيها . والصلاة مكيال فمن وفى وفي له ومن طفف فويل للمطففين
6.Meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa (المفطرات الحسية ) TETAPI tidak meninggalkan perkara yang membatalkan pahala puasa (المفطرات المعنوية ).

7. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

8. المصيبة العظمى Tidak mengutamakan solat Subuh berjamaah kerana TIDUR SEDAP tidak sebagaimana Terawih.


9. Mempercepatkan makan sahur sebelum waktunya iaitu makan lewat malam.

10. Malas dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

11. Menunaikan solat witir sejurus selepas tarawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk me-lakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

Sekian, terima kasih.



3 comments:

  1. salam.

    ana ada sedikit kemusykilan mengenai point ke-11.

    tidak dinafikan bahawa solat witir afdhal dilakukan sebagai penutup kepada solat malam.

    namun berdasarkan hadis daripada ibn hibban dan ibn khazimah, riwayat jabir, "bahawa rasulullah solat (tarawikh) bersama mereka lapan rakaat dan witir".

    hadis lain daripada aisyah r.a., "sesungguhnya rasulullah menambah pada bulan ramadhan dan tidak pada yang lainnya sebelas rakaat".mafhum hadis.

    namun tak dapat dipastikan sama ada witir itu mesti dikerjakan bersama imam ataupun boleh dilakukan sendiri.

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. setelah dirujuk kepada ustaz yang pakar dalam fiqh, beliau berkata bahawa pada bulan ramadhan, sunat dilakukan witir berjemaah bersama imam.

    hatta, walaupun kita berniat mahu menambah rakaat tarawikh apabila pulang ke rumah (misal: melengkapkan 20 rakaat) atau kita memang sangat yakin dapat melakukan qiamullail sebelum subuh, sunat witir berjemaah bersama imam seusai solat tarawikh masih tetap boleh dilakukan.

    juga,sekiranya kita telah selesai melakukan witir bersama imam, kita tidak lagi perlu melakukannya sepanjang malam tersebut,cukup hanya sekali.

    namun,perlu diingatkan bahawa semua ini adalah sunat.terpulanglah kepada individu sama ada mahu melakukannya atau tidak.

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. witir hakikatnya adalah penutup bagi segala solat sunat.. tetapi tidak menjadi kesalahan jika seseorang tu nk bejemaah witir bersama imam... tetapi dari segi adab, jika kita berniat utk menyambung dengan solat sunat yg lain, lebih baik witir dibuat selepas ditunaikan solat2 sunat yg lain.. contohnya, ahmad solat terawikh di masjid kampung pala berjemaah bersama imam sebanyak 8 rakaat, kemudian dia berniat utk pulang kerumah agar dapat dapat mengimamkan sebahagian lg solat terawikh bersama isteri dan keluarga. so dalam keadaan mcm ni witir dibuat selepas solat sunat bersama dirumah.. lain keadaan jika kita selepas habis solat sunat, kita witir berjemaah dan kita tidur (selepas selesai urusan lain), kemudian bangun utk tahajud, selepas tahajud akan ada witir yg lain utk menyudahi tahajud itu... walauapapun, perbezaan pendapat ttg amalan sunat, jika x yakin jgn ikut.. tinggalkan apa yg meragukan adalah penyelesaian terbaik...

    ReplyDelete