Friday, June 26, 2009

mari meramaikan...

ayuh!
mari pergi jalan-jalan!
rehlah!
pergi mersing yuk..

bila?
bagi lelaki atau yang bergelar kaum adam
kamu di kehendaki berkumpul
di surau annur esuk malam
(sabtu malam ahad)
-27/06/2009-
menginap di situ.

bagi kaum hawa atau perempuan
tak tahulah tidur mana.
janji ahad pagi datang awal.

ok?


rm15

untuk seorang sahaja!!
murah tu...

apa-apa pertanyaan
boleh contact
adi
0137190413
atau
0127828385.

cancelkan segala appoinment anda!
jom meriahkan rehlah ini.

anjuran :

Persatuan Alumnai
Sekolah Menengah Islam Hidayah

Wednesday, June 17, 2009

jom!jom!jom!

jom!jom!jom!
mai pi Pejabat JIM.
hari
KHAMIS
(ESUK)

pukul
11AM


ada aktiviti besh..


USRAH!USRAH!USRAH!


datang jangan tak datang.
ni untuk mereka dan mereka
yang bergelar

LELAKI (PEMIMPIN)!!

: : kenalkan, ini kekasihku : :

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal (terdapat perselisihan pendapat)bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.



Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

Tuesday, June 16, 2009

: : 7 bende best yang korang mesti tahu : :

Bismillah...

memandangkan blog ni agak suam2 je... so, jom kte relaxkan minda kite dengan mengambil tahu ape yang kte blom tahu...yang tension2 study tu moh sini bace... yang tengah marah2 tu pon bleh join skali...

1. fakta satu...dengan Coklat anda boleh membunuh anjing... x percaya? COKLAT mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing.. bagi kita plak, COKLAT pada kuantiti yang berlebihan boleh membesarkan perut kita....


2. no dua... nama asal yang diberikan oleh manusia kepara rama2 (butterfly) ialah 'FLUTTERBY'... so, nnt kalau adik kite nak gi taman rama-rama, dier kene cakap camni, " Jom kite jalan-jalan kat flutterby park"...


3. ok, next... pegi amek kalkulator... tekan no
'111,111,111' darabkan dengan '111,111,111' dapat jawapan '12345678987654321'... xperlu belajar calculus untuk faham bende ni....

4. tanda '#' di komp atau talefon dipanggil 'octothorp'... bukan 'h' yer...

5. lima... mustahil seseorang itu bersin tanpa pejam mata... x caya tanya mad j... dier blaja kot... try la tak tutup mata kalau nak mata tu terkeluar...

6. seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala... ADI pulak xdapat hidup tanpa perut...debush....

7. ok... last...untuk melepaskan diri dari gigitan buaya, anda perlu cucuk mate dengan jari.. tapi mata buaya yer, bukan mata sendiri... IA buaya tu akan lepaskan..


hohoho... amacam ? banyak tak ilmu yang kite tak tau lagi? baru tau ilmu yang kite ade tu setitis je dari ilmu ALLAH... 90% yang membaca ni kebanyakannya tidak tahu mengenai info yang diberikan.. theeeee... salam..



Thursday, June 11, 2009

Tentera Thai terlibat dalam pembunuhan di masjid?


Setelah kejadian 'pembantaian' umat Islam di masjid Isnin malam yang lalu yang dilakukan oleh sekelompok orang yang tidak dikenal, pemerintah Thailand terus menyalahkan kelompok-kelompok pejuang Muslim yang ada di selatan Thailand.

Pemerintah Thailand sendiri mengaku mereka telah membangun sebuah "kesepakatan yang lebih baik" dengan penduduk kampung dan semuanya dilaksanakan di bawah undang-undang dan sesuai dengan "hak-hak azazi manusia", kata jenderal Anupong Paojinda sambil menambahkan bahawa para pejuang muslim Thailand telah melakukan kesalahan dengan menyerang pegawai keamanan.

Pemerintah Thailand langsung meminta jenderal Anupong Paojinda untuk terbang ke wilayah tersebut setelah kejadian penembakan umat Islam di sebuah masjid di wilayah Narathiwat.

Bagaimanapun penduduk desa tetap menyalahkan pasukan tentera Thailand atas serangan berdarah itu, yang merupakan satu dari kejadian terburuk yang pernah terjadi di wilayah Thailand selatan.

Penduduk kampung Cho Ai-rong mengatakan mereka menduga kuat memang ada keterlibatan militer Thailand dalam pembantaian di masjid daripada keterlibatan pejuang Muslim.

"Saya yakin tidak mungkin ada pejuang Muslim yang sanggup menembak orang yang sedang sholat Isya di Masjid karena hal itu sangat sakral dan bertentangan dengan agama Islam," kata salah seorang penduduk kampung yang meminta namanya dirahsiakan sewaktu diwawancara.

Lebih dari 1000 orang penduduk kampung berkumpul di dekat masjid di Cho Ai-rong pada hari Selasa lalu untuk melihat lokasi kejadian serangan dan untuk menghadiri solat jenazah para syuhada.

Penduduk lokal mengumpulkan tubuh ke lapan-lapan orang yang terbunuh termasuk imam masjid, pada pagi Selasa kemudian memandikan dan mengkafani mereka untuk di solatkan sebelum nantinya dimakamkan.

Kelompok-kelompok HAM sebelumnya telah menyalahkan penyalahgunaan wewenang yang dilakukan tentera Thailand di wilayah selatan negeri itu, termasuk penggunaan kekerasan yang berlebihan pada tahun 2004 dimana terjadi pengepungan masjid yang dilakukan tentera Thailand dan mengakibatkan 32 orang meninggal.(fq/wb)

dipetik dari : http://satuumat.blogspot.com/

nota kaki : jom kita menjadi seorang yang lebih proaktif dalam mengambil tahu masalah umat dan proaktif meningkatkan thaqafah berkenaan Islam..

Tuesday, June 9, 2009

Habits?

7 Habits
Oleh
Pakcik Razali.
20-21 Jun 2009
atau
21-22 Jun 2009
program ini bermalam.
bayarannya??
murah!murah!murah beb!
dekat mana?
lokasi sedang di pilih.
TAPI JANGAN RISAU..!
lokasi-lokasi yang di cadangkan
DE'BOM!
TERBAIK DI LADANG!
berminat?
hubungi wakil batch anda sekarang
untuk sebarang pertanyaan
dan penempahan nama.
nak join kena bagi nama dulu tau!
wassalam...
cara nak hantar nama:
taip mesej
nama anda (jarak) nak join
dan hantar ke
wakil batch anda.
contoh:
adi nak join
dan hantar ke
0137190413
(wakil batch 9).
bayaran penempahan nama
tertakluk kepada rangkaian
mudah alih yang anda guna.
celcom upax : 1 sen
maxis : tak tahu
digi : tak berpengalaman guna.

Monday, June 8, 2009

masa mudamu...

assalamu'alaikum.
Diskusi
HARGI MASA MUDAMU
oleh
Ustaz Salleh Hamdin.
14 Jun 2009
Ahad
8.00pm-11.00pm
Pejabat JIM Desa Skudai.
sesiapa sahaja boleh hadir
tak kira siapa anda
(pekerja,ipt dan sekolah).
ayuh!
meriahkan diskusi ini.
pasti menarik dengan penceramah yang de'bom!
ok.
jangan lupa contact member-member korang.
lagi ramai lagi bagus.
datang jangan tak datang.
wassalam.

kebuluran air...

assalamualaikum.
peh!
dah berhabuk dah blog ni.
kenapalah takda yang update.
mungkin mereka busy dan sibuk....
tumpang lalu...
nak update sikit...
tadi kami
pergilah makan-makan.
di restoran mak cop duit ayah pasang grill
(bukan nama sebenar restoran tu)
memang best ar..
tempatnya menarik.
...
kami pun order makanan dan air minum..
tup..tup..
datang dah makanan dan air.
tiba-tiba akak tu tanya
"betulkan ada order air tembikai ni"
member kami yang sorang ni
(budak)
pun jawab
"a'ah,saya ada order"
..
peh.
terkejut kami tengok!
gaya budak
ni dah macam
10 tahun tak jumpa makanan dan air minum...
kenapa?
memanglah budak ni rakyat malaysia
dan kat malaysia takda masalah
kebuluran makanan dan minuman.
tapi..
mesti anda dan anda mesti tak percayakan
tanpa buktikan?
nah!

tengok gambar ni...




-budak ni dah berapa lama tak minum air da-

peh!
bela saka ke budak ni??
kebulur ke?
dah la makan satu pinggan.
pastu order air gelas besar.
tak percaya!tak percaya!
peh.
boleh ke habis ni?


-dah setengah-


dahsyat tak dahsyat.
dah tinggal setengah.
jangan tak percaya tau..




-habis sudah!!-

habis dah air budak ni.
memang balik booking tandas dulu.
entah-entah tak sempat masuk tandas.
nasib kau lah labu.
jangan buang tepi jalan sudah.
tapi betullah budak ni dah lama tak jumpa air.
dia order lagi.
yang besar!!
ops silap.
yang lagi besar!
uhuhu.
memang tak boleh pergi.
tengok gambar ni..




penat kami layan budak ni.

huahaha.
oklah.
papelah kau budak oi.
janji kau tak kacau tandas rumah kami.
ahaha.
dah habis cerita.
tak tahu nak cerita apa lagi.
wassalam.


budak ni dah kena buang appendix dia.
patutlah telan air
macam telan batu.wakaka...

Saturday, June 6, 2009

Learn To Love What You Hate

Assalamualaikum to anyone who are reading this post ... ..

Firstly , this is the first post .. ..
(sounds silly) . ..


I have no idea on what am I going to write . . .After knocking my thoughts for a while I came out with this topic . .

Since most of us just started their second year , I thought this post may be useful more or less . .


Perhaps some of you may say , "why should we love what we hate?" ...

I tell ya why ... It is because the things that you hate could be a good things for you .... Sounds familiar ? ?

Have you ever noticed that "things" that you really hate like _-_- keeps haunting you ?

Have you ever noticed that "things" that you hate really pissed you and there's no way to avoid it ?

Have you ever felt like breaking your skull because of the "things" that you hate ?

To have a clear view , perhaps you may change "things" in the phrases above to anything you like such as subjects , food or whatever you like ..


Please note that I am not talking about any bad stuffs or whatsoever . .

There is only 2 possible outcomes :
  1. Like that "thing"
  2. Suffer from that "thing"

I think , I don't need to elaborate further .. ..

So , how to love "things" that you hate ?

Firstly and this is the most important part .. .
CHANGE YOUR MINDSET !
Perhaps some of you may say "It does not make any sense" . I tell ya something . . .This is the problem nowadays . . .You may come across these phrases often :
  • "So difficult , how can I do ? "
  • "So difficult , I better go sleep "
  • "Why so complicated ? I am so lazy to think about it . I'll copy it from my friend tomorrow"
  • "Impossible ! how can we do that complicated project ? "
  • "I see the topic and I know I am dead "
  • "no need to understand that thing , I'll take a long hour to understand it "
  • "How to do it ar? "
Its all about mindset . . Believe me my friend ! research has shown that you have to change your mindset in order to like something , succeed in something and etc (too lazy to type and explain)

By the way , you can add your own steps to love that "things" . I am only concerned about the first step dude! ..

Until then , see ya...
(tired already)