Tuesday, July 14, 2009

Tahniah buat Saiful Islam.


Tribute to Saiful Islam

Bismillahirrahmanirrahim...
Sekapur sirih, secangkir emas,
Alfu Mabruk buat akhuna, Muhammad Saiful Islam bin Ahmadon kerana telah dianugerahkan
The Best Speaker untuk pertandingan debat antara kolej mahasiswa Universiti Malaya.

Segulung warkah penghargaan buat sahabat... Alfu Mabruk sekali lagi..
Doakan kejayaan kami pula di bumi anbiya'. Titipan salam rindu dan doa buat sahabat..

Sebagai sahabat satu batch, patut kita berasa bangga..
-Fahmi AA
http://kembara-ulung.blogspot.com


Lanjut..
ALUMNI SMIH CEMERLANG DI UM PDF Cetak E-mail
13 Julai 2009 (Isnin): Bekas pelajar Sekolah Islam Hidayah yang juga bekas pendebat Bahasa Inggeris SMIH telah dinobat sebagai best speaker dalam debat Bahasa Inggeris antara kolej mahasiswa Universiti Malaya.

Muhammad Saiful Islam bin Ahmadon (SPM 2007) telah mendaftar di Universiti Malaya untuk mengikuti kursus Mathematic Actuary and Finance baru-baru ini.

Sebagai antara program minggu haluan siswa, pertandingan debat antara kolej mahasiswa telah dianjurkan. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Muhammad Saiful Islam telah mewakili Kolej Mahasiswa Ke 10 ke pertandingan debat Bahasa Inggeris antara kolej mahasiswa UM.

Di peringkat akhir, Kolej ke 10 telah menjadi johan dengan Muhammad Saiful Islam dinobatkan pendebat terbaik. Dengan pencapaian tersebut, beliau telah diserapkan ke dalam kumpulan pendebat UM untuk persiapan debat peringkat antarabangsa.

Walaupun telah meninggalkan SMIH, beliau masih aktif melatih pendebat-pendebat SMIH. Di samping itu, beliau juga turut dijemput untuk melatih pendebat-pendebat sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Sebelum ini, seorang Alumni SMIH, Mohd Faiz bin Arshad, pernah cemerlang di arena perdebatan antara bangsa. Beliau yang mengikuti kursus Mass Com di UiTM Shah Alam telah mewakili UiTM dalam beberapa siri perdebatan Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa. Beberapa kejayaan cemerlang juga telah diperlolehi. Mohd Faiz telah lulus dari UiTM dan kini bekerja dengan Khazanah Holdings.


1 comment: