Thursday, September 17, 2009

~Iftar Akhawat~




Alhamdulillah, setelah merancang dan merancang dan beberapa kali tertangguh, akhirnya program iftar kami berjaya juga dilaksanakan pada 16 September 2009 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1430 bertempat di rumah salah seorang daripada kami iaitu saudari Ikmal Rusyda di SMTJB. Ternyata iftar kali ini lebih meriah daripada tahun lalu di mana kehadiran tetamu adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada ana sendiri (Iman), Nuha, Afifah, Raudhah a.k.a Angah, Adiba, Andi Nabiha, Nisa', Izzah, Khadijah, Mardhiyyah, Atiqah dan juga Hayati.

Disebabkan kami pergi bersama2 hayati kali ini, jadi kami memutuskan untuk berjalan bersama2 di angsana sambil2 mencari tudung juga buku raya untuk bekalan masa hadapan. Buku2 tu budak2 balik overseas yang semangat sangat beli sebab diorang x akan jumpa buku2 ni kat Jordan & Mesir nanti. Jadi, diorang pun ambillah sebanyak bekalan yang diorang rasa mampu dibawa nanti. hehe.... Setelah me'nyopping' di angsana, kami pun bergerak menuju ke rumah Ikmal bersama2 dengan Khadijah & Mardy yang datang lewat sedikit. Ni konvoi dua kereta nih (unser & waja). Seronok!! Selalunya asyik nak rely on ikhwah je bab2 transport nih, tapi kali ini kami akhirnya dapat bergerak sendiri menggunakan kereta sendiri tanpa ada ikhwah. hehehe.......

Sampai sahaja di rumah tuan rumah, kami pun mula bersiap sedia menyediakan juadah iftar. Menu utama kami Nasi Tomato sudah tersedia di dapur. Hmm... sedapnye bau!! Perut pun da ber'gendang' irama rock.... Tapi sebelum tu, kami kene sediakan juadah sampingan macam jemput2 (bkn usher ye! hehe), cocktail, buah tembikai dan air lemon tea panas. Bukan ni je makanan kami, ada jugak tambahan yang dibawa oleh rakan2 lain macam kuih pistachio dr Jordan, apricot+kurma dr Mesir, kek coklat & bubur lambuk dr Malaysia. Wah! Banyak kan juadah kitorang??? Untuk moreh ada pulak pisang goreng! Perghh.... Memang 1st time makan banyak sangat macam tu sepanjang ramadhan nih. Tapi syukur alhamdulillah, semuanya sedap2 belaka sampai tak sanggup nak menolak bile dihulurkan..... kuikuikui ^_^"

Selesai menyediakan makanan, kami adakan sedikit tazkirah untuk mengisi hati2 kami yang masih lagi dahagakan pengisian dibulan ramadhan yang disampaikan oleh saudari Afifah dan Atiqah yang selaku MC. Tazkirah ini juga diselitkan dengan sedikit sharing diantara kami semua dimana perkongsian ini dikongsi oleh pelajar2 mesir, jordan juga malaysia. Berkumandang je azan, berbuka lah kami dengan makanan sampingan. Kemudian solat maghrib berjemaah dan meneruskan semula dengan menu utama. Usai sahaja makan, kami pun solat isya' serta terawih berjemaah yang diimami kami semua secara bergilir. Jam 10, setelah moreh, kami pun beransur pulang. Terima Kasih wat sahabat2 yang sudi juga datang walaupun jauh.... Buat sahabat2 yang tidak dapat datang, jangan bersedih. Yakinlah bahawa kita sentiasa dekat di hati walau jauh dimata. ok, ana pun da bercerita panjang, jadi apakata kita ikuti pulak gambar2 sepanjang iftar.



bwh dr kiri: Nuha, Hayati, Adiba, Atiqah, Angah, Izzah
atas dr kiri: Afifah, Mardy, Ikmal, Khadijah, Iman, Nisa', Nabiha



Tazkirah, perkongsian juga nasihat buat yg bakal fly~



Juadah berbuka puasa. Lazatnye!~


Sekian sahaja daripada ana;



"Indahnya ukhwah itu jika bersulam IMAN dan TAQWA"

9 comments:

  1. waaa.. apricot ngan pistachio tu mcm best je...

    ReplyDelete
  2. utk semua batch 9 SMIH

    selamat hari raya AidiFitri. maaf kalo ada salah dan silap, halalkan makan minum dan segala hutang2 kalo ada. selamat sambung belajar dan moga berjaya dunia akhirat..

    ReplyDelete
  3. Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua. Rilek rilek.

    Selambe..

    ReplyDelete
  4. ha'ah mmg sket je yg leh letak. Banyak gambar yg sensek (btul ke ejaan ni? lantakla). Lgpun gambar yang ada pada ana x byk pOn. x dapek nak kumpulkan dr yg laen2.

    ReplyDelete
  5. apsal macam ade pelakon ayat2 cinta....?poyo la

    ReplyDelete
  6. perghh... xbek seh.... ni bkn men2 @ skdr saje2 nak posing ye... da die mmg da stat pki purdah...

    ReplyDelete
  7. yup.. manrose,.. ur insulting personal rights..
    huhu.. cepat mintak maap... heheh.. nk balas dendam kat man...

    ReplyDelete
  8. haha...yeke?x sengaja....tapi poyo doesn't mean she is really poyo....haha....i'm just shocked(bhse omputih low standard digunekan)hehe

    ReplyDelete